Hiburan

Majlis perkahwinan Reen Rahim ditaja RM15 juta!

BERTUAHNYA badan apabila majlis perkahwinan pelakon drama, Reen Rahim dikatakan mendapat tajaan RM15 juta.

Dia merancang berkawin dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr H dan majlis perkawinan mereka bakal diadakan pada hujung bulan ini di Putrajaya.

Walau bagaimanapun Reen masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti bakal suaminya itu demi menjaga privasi kedua belah pihak.

Reen dan Mr H, 28, bertunang secara rahsia pada Ogos lalu dan pelakon drama kontroversi ini enam tahun lebih tua daripada tunangannya itu.

Menyentuh tentang tajaan RM15 juta, Reen meluahkan rasa syukur dan berkata, jumlah tajaan itu adalah dalam pelbagai bentuk termasuk untuk ketiga-tiga majlis iaitu akad nikah dan resepsi.


“Kalau ikutkan saya nak buat satu majlis sahaja tetapi ada pihak yang sudi menaja, jadi kami memutuskan menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi,” jelasnya.

Jejaka yang berjaya menambat hati Reen itu merupakan seorang ahli perniagaan dan penggiat seni. – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button