HiburanMahkamah

Yasin hidap bipolar tahap kronik

HANYA doktor sahaja yang boleh mengesahkan tahap bipolar yang dihidapi Yasin Brothers kronik dan memerlukan ubat tambahan dan sebagainya.

Muhammad Yasin Sulaiman, 47, yang juga bapa dua orang anak masing-masing berusia 17 dan 12 tahun berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis ganja.

Penyanyi dan komposer itu ditahan polis minggu lepas dan ketika prosiding dijalankan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin berkata, dia khuatir boleh jadi gila pada bila-bila masa.

Kata Yasin, dia sudahpun diberi ubat namun sejak akhir-akhir ini tahap kesihatannya sangat terjejas.

“Saya khuatir pada bila-bila masa saya boleh jadi gila. Ia pernah berlaku tiga kali dalam masa 10 tahun. Jadi, mungkin saya perlukan ubat tambahan,” kata Yasin.


Peguam yang mewakili Yasin, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff berkata, fakta menunjukkan penyanyi Mimpi Laila itu mempunyak masalah kesihatan dan perlu dibantu untuk mendapatkan rawatan segera.

Yasin telah mendapatkan rawatan sejak 2009 dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) namun tidak pernah menceritakan perkara itu kepada peminat, kata Mohd. Yusmadi.

Dua bulan lalu, kata Mohd Yusmadi, anak guamnya itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, kedua-dua orang anak saudaranya, anak Yasin telah dimaklumkan tentang keadaan ayah mereka.

“Kami sekeluarga mendoakan agar dia dipermudahkan urusan dan anak-anak saudara saya menunggu dengan setia kepulangannya,” kata Zain.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman dalam publisiti politiknya berkata, dapat menyegerakan kelulusan dadah jenis kanabis untuk perubatan.

Yasin yang dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini mengambil kesempatan menyampaikan salamnya kepada YB muda itu. – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button