Nasional

Tarawih terakhir, kemalangan nahas dengan SUV

SATU kemalangan maut membabit sebuah motorsikal yang dinaiki seorang remaja berusia 18 tahun dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berlaku di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, malam tadi.

Remaja berkenaan Muhammad Nor Firdaus Man Boy dilaporkan terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat tarawih.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut laporan daripada Berita Harian, beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima panggilan awam pada jam 10.15 malam, memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah SUV jenis Proton X50.

“Insiden berlaku ketika SUV itu dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Mersing menuju ke Endau.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit dipercayai cuba membelok ke sebelah kanan jalan, ke arah sebuah kedai makan berhampiran.

“Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri hadapan SUV berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing, untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ujian darah turut dijalakan bagi menentukan sama pemandu SUV berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian.

Pemandu kenderaan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kecuaian ketika memandu dan menyebabkan kemalangan maut. – Berita Harian – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button