Nasionalpilihan

Pekerja kilang maut: Balu sarat mengandung terima 2 faedah PERKESO

Isteri arwah terima manfaat sepanjang hayat

BALU kepada pekerja kilang yang maut dalam insiden di tempat kerja, di Banting, Selangor, kelmarin layak menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Penelitian PERKESO terhadap kes kemalangan menyayat hati menimpa Nur Ahmad Yusoff Muei, mendapati pemuda berusia 22 tahun itu melapor diri sebagai pekerja sepenuh masa di sebuah kilang plastik pada 12 Disember lalu.

Bagaimanapun, Nur Ahmad Yusoff yang mempunyai rekod caruman dan dilindungi menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), dilaporkan terjatuh dari ketinggian lebih 24 meter ketika melaksanakan kerja pembersihan.

“Sehubungan itu, balu arwah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada PERKESO.

“Bayaran berkala FOT ini akan diberikan kepada isteri arwah untuk sepanjang hayatnya, manakala bayi dalam kandungan pula layak menerima manfaat sama selepas dilahirkan dan sehingga mencapai usia 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

“PERKESO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga faedah ini berupaya membantu kelangsungan hidup mereka,” menurut PERKESO menerusi kenyataan, hari ini. – SM

Artikel berkaitan > 1,700 pekerja sektor GIG ekonomi belum carum Perkeso

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button