fbpx
Hiburan

Pekerja belakang tabir “beraya dalam duka”

SEMALAM umat Islam di seluruh negara menyambut 1 Syawal sebagai tanda meraikan hari kemenangan kerana menjalani ibadah berpuasa selama satu bulan di bulan Ramadan.

Tidak kira golongan artis atau tidak, semua menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu tanpa adanya rumah terbuka atau kunjung mengunjung seperti tahun-tahun sebelumnya.

Setiap hari Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang akhbar bagi menyampaikan maklumat terkini, SOP-SOP yang perlu dipatuhi sepanjang PKPB2.0.

Dua minggu lepas, kalau tak silap, beliau ada memberitahu, kalangan mereka yang terlibat dalam industri penggambaran drama boleh meneruskan kerja-kerja penggambaran seminggu selepas hari raya.

Maklumlah, sejak PKP diumumkan pada 18 Mac lalu, karyawan seni yang lebih ke arah penggambaran drama, terjejas mata pencarian kerana job-job tidak dapat diteruskan.


Mungkin rama yang di luar sana merangkumkan, artis sebagai penyanyi tanpa terfikir kumpulan artis yang terdiri daripada para pelakon dan mereka yang berada di belakang tabir.

Golongan karyawan atau pekerja produksi penggambaran yang terjejas dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 terpaksa mengikat perut dan berjimat dalam perbelanjaan kerana perlu mencukupkan makan minum untuk keluarga.

Semalam, diberikan pula perkhabaran, penggambaran atau shooting yang sepatutnya boleh disambung seminggu selepas hari raya, tidak dibenarkan pula.

Tidakkah termenung mereka yang bekerja di belakang tabir memikirkan, mana nak cekau duit untuk menampung perbelanjaan di rumah?

Jangan pandang kepada golongan artis yang glamour.. Yang muncul di depan kaca televisyen. Masalah mereka yang bekerja di belakang tabir, inilah yang sepatutnya dipandang dan dibantu serta difikirkan.

Ini bukan kali pertama SUARA MERDEKA menulis tentang nasib mereka yang bekerja di belakang tabir.

Kalau tidak tahu, siapakah mereka yang bekerja di belakang tabir, di sini dinyatakan golongan yang terlibat dalam pekerjaan di bekalang tabir krew produksi.

Jurukamera (DOP), jurumekap, budak wardbobe (menjaga pakaian pelakon agar kontinuiti tidak lari), jurubunyi (soundman), boomman (tukang pegang mikrofon), runner (tukang beli makanan), propman/propmaster (tukang buat prop) dan Pengurus Produksi atau PM (production manager).

Ini sebahagian daripada kakitangan yang berada di belakang kamera yang orang ramai tidak tahu, sewaktu kerja-kerja penggambaran berlangsung.

Dan golongan inilah yang ‘sakit’, beraya dalam ‘duka’ kerana kerja-kerja penggambaran tidak dapat diteruskan.

Memanglah secara lojiknya, siapa yang mampu untuk menatarias pelakon dalam jarak sosial 1 meter. Nak conteng muka pelakon tu macam mana? Tak sampai tangan.

Takkan sanggup krew penggambaran ini memakai pakaian PPE seperti yang digunakan oleh petugas barisan hadapan yang mendpat sanjungan dan pujian seluruh rakyat Malaysia.

Beza dan perbezaan ini perlu diberi perhatian oleh persatuan dalam industri hiburan tanah air.

Kita memang banyak persatuan. Ada persatuan itu dan persatuan ini, dengan si polan menjadi presiden persatuan yang jawatan itu sentiasa menjadi rebutan. Cerita basi kalau nak diungkapkan.

Tetapi sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, nasib mereka yang bekerja di belakang tabir sukar untuk dinyatakan dengan pasti.

Yang pasti hanya satu iaitu perut anak-anak di rumah perlu diisi, termasuk perut si isteri. Kalau ada yang menjaga ibu dan bapa yang sudah berusia, mereka perlu dijaga tetapi bagaimanakah seseorang itu boleh menyediakan segala kelengkapan dan keperluan jika mereka sendiri tidak bekerja?

Tidak bekerja bukan kerana malas tetapi tidak boleh keluar bekerja mengadakan penggambaran kerana PKPB2.0 dan wabak yang masih melanda negara.

FINAS diharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi membantu karyawan drama/produksi. Kalau sudah dihulurkan bantu, hulurlah lagi.

Bantuan yang dihulur itu pula janganlah dipilih bulu. Ada yang dapat, ada yang dapat tengok! – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button