Hiburan

Yayasan Budi sampaikan sumbangan kepada Ooi Eow Jin

YAYASAN Budi telah menyampaikan bantuan kepada pemuzik veteran, Datuk Veteran Ooi Eow Jin yang kini menghadapi masalah kesihatan.

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu telah disampaikan oleh Pengerusi  yang juga Pengasas Yayasan Budi, Tan Sri Dr. Rais Yatim bersama Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandes.

Kedua-kedua tokoh itu telah berkunjung ke rumah Eow Jin di di Taman Sea Park.

Eow Jin, 84, ialah bekas ketua Orkestra RTM dari tahun 160-an hingga tahun-tahun 1970-an.

Eow JinSudirman, Dahlan Zainudin dan Andre Goh antara seniman yang pernah mendendangkan lagu-lagu ciptaan beliau,

Related Articles

Pemuzik veteran itu kini dalam keadaan yang amat uzur serta memerlukan bantuan untuk rawatan kesihatannya.

Dr. Rais berkata, lantaran di negara ini punca pendapatan para seniman amat terhad dan dengan persekitaran industri kreatif yang merosot, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan swasta digesa supaya newujudkan tabung amanah kebajikan iIndustri Kreatif.

“Tekanan Covid-19 kepada Eow Jin dan anak lelakinya Looh yang berusia 40 tahun yang juga mengalami sakit Neuro dan tak mengenal persekitarannya, amat ketara menghimpit,” katanya.

Sehubungan itu, beliau  melahirkan harapan agar sifat kasih sayang masyarakat majmuk Malaysia terus tampil membantu.

Media sebelum ini melaporkan pemuzik veteran itu dan anaknya yang kini berusia 56 tahun dilaporkan memerlukan bantuan segera daripada segi rawatan serta kewangan.

Kedua-duanya dilaporkan sedang terlantar di atas katil di rumah mereka di Taman Sea Park, Selangor.

Eow Jin
Ooi Eow Jin

Kedua-dua mereka dijaga oleh isteri Eow Jin yang berusia 82 tahun. Pemuzik itu sedang berjuang melawan penyakit Alzheimer manakala anak lelakinya pula menderita brain tumour. berhadap.

Eow Jin, DSPN, lahir pada 3 Jun 1938, ialah pencipta lagu-lagu malar segar bintang-bintang ternama negara kita bermula awal tahun 70an serta menjadi salah seorang pemuzik Malaysia yang aktif dan ternama semenjak awal tahun 70an.

Beliau pernah bertugas bersama Orkestra RTM mulai tahun 1963 di RTM dan kemudiannya di TV3 mulai tahun 1986 sehingga 1999 dan mencipta pelbagai lagu tema pelbagai program-program stesen televisyen berkenaan.

Pingat kebesaran yang diperolehi beliau adalah hasil pengiktirafan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai anak jati Pulau Pinang.

Lagu dendangan Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin ‘Lagu Ku Untukmu’ yang amat digemari di tahun 70-an adalah hasil ciptaan pemuzik tersohor itu.

 

(Visited 583 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button