Politik

PAU 2022: UMNO tak berhasrat jemput PM Anwar Ibrahim dan parti-parti lain

UMNO tidak berhasrat menjemput parti-parti lain ke Perhimpunan Agung (PAU 2022) pada 11 hingga 14 Januari ini, kata Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, UMNO juga tidak bercadang untuk menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadiri persidangan tahunan UMNO, tahun ini.

“UMNO tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Untuk PAU akan datang kita belum berhasrat untuk menjemput parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk hadir dalam majlis ucapan dasar dan perasmian,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media usai Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, hari ini.

Zahid sebaliknya berkata, parti bercadang untuk menjemput Setiausaha Agung parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan sebagai peringkat permulaan.


Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dianggotai Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sementara itu, menjawab isu kerjasama di antara BN dan PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan, Zahid berkata, perkara itu belum dibincangkan lagi. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button