Politik

Ketua Wanita nafi fitnah calon BN DUN Lenggeng

Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Sungai Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan, Anita Abdullah menafikan dakwaan seorang individu bergelar Datuk Seri Terakhir bahawa dia cuba menjatuhkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Asna Amin yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Anita Abdullah.

Menurutnya, dakwaan individu berkenaan bahawa dia telah membantu memburuk-burukkan dan menfitnah Mohd. Asna bagi menjejaskan peluang calon BN itu merupakan satu fitnah.

Beliau berkata, ekoran daripada kenyataan Datuk Seri Terakhir di laman sosial Facebook semalam telah menjejaskan imejnya.

Katanya, dia telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai
bagi menafikan dakwaan individu berkenaan serta membersihkan namanya.

“Saya memang tidak mengenali Datuk Seri Terakhir atau pernah berjumpanya. Dia berada dalam group Facebook Anak Lenggeng dan mula membuat hantaran memburukkan Mohd Asna.

“Apabila saya menyekat akaunnya, individu itu terus membuat hantaran di Facebook dan menfitnah serta memburuk-burukkan saya pula.

“Saya telah menjelaskan perkara sebenar kepada Mohd Asna menerusi WhatSapp kerana saya tiada kaitan dengan dakwaan itu,” ujarnya ketika dihubungi Suara Merdeka di sini hari ini.

Anita berkata, dia tidak menafikan ada usaha-usaha pihak tertentu cuba
memburuk-burukan calon BN daripada menang di DUN Lenggeng.

Katanya, menjadi tanggungjawabnya dalam memastikan BN memenangi kerusi DUN Lenggeng pada 12 Ogos ini.

Sehubungan itu dia meminta jentera parti berhati-hati dengan provokasi yang cuba dilakukan oleh Datuk Seri terakhir. – SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button