Politik

Kerajaan boleh ditukar berasaskan Perlembagaan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan boleh ditukar kerana ia boleh dan dibenarkan oleh Perlembagaan.

Menurut Azmin, Perlembagaan membenarkan kerajaan itu dirombak apabila kerajaan gagal memenuhi aspirasi rakyat dan ia bukan perkara yang luar biasa.

“Kerajaan yang dibentuk selepas PRU (pilihan raya umum), tidak mampu menyelesaikan isu-isu ekonomi, mereka lebih banyak bercakap daripada bertindak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.

Mereka, katanya, seolah-olah terputus daripada realiti situasi keluhan rakyat dan masalah rakyat di bawah.

Maka, kata beliau, perkara itu akan diterjemahkan oleh ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat kawasan masing-masing.

“Selagi ia terikat dengan peruntukan undang-undang, ia boleh dilakukan,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap ada menyatakan kejatuhan nilai mata wang ringgit adalah berpunca daripada desas desus bahawa beliau akan dijatuhkan pada Ogos ini.

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button