Politik

Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang sokongan majoriti ahli dewan rakyat dan wajib mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, pada bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin hanya memperolehi 111 undi ahli Dewan Rakyat iaitu berkelebihan satu undi.

Pada masa ini jumlah ahli dewan ialah 220 orang kerana dua orang wakil rakyat telah meninggal dunia dan pilihan raya kecil Gerik serta Batu Sapi telah ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Hanif berkata, seorang lagi wakil rakyat Tengku Razaleigh Hamzah tidak hadir semasa pengundian belanjawan dan membukti beliau tidak menyokong Muhyiddin.

Jadi apabila Ahli Dewan Rakyat Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membuat kenyataan rasmi menarik balik sokongan beliau, maka sah kerajaan Muhyiddin tumbang.

Pengumuman Ahmad Jazlan hari ini meletakkan kerajaan PN kini hanya berdiri dengan sokongan 110 daripada 220 ahli parlimen yang ada di Dewan Rakyat.

Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (4) dan (5) berbunyi :

“(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan
majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah
meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas
permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan
Agong.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain
Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika
pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang
di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana
Menteri boleh meletakkan jawatannya.”

Oleh itu Perdana Menteri dan semua anggota Kabinet dilantik telah hilang jawatan mereka.

Muhyiddin perlu memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan meletakkan jawatan.

Selepas itu, isu tadbir urus negara akan kembali untuk diselesaikan oleh Agong yang berkuasa memilih satu daripada tiga pilihan, kata Haniff.

Katanya, pilihan Agong ialah melantik perdana menteri baharu atau membubarkan parlimen atau mengisytiharkan darurat.

(Visited 1,376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button