fbpx
Politik

Kerajaan tiada hak untuk rampas tanah Kampung Baru

SUARA MERDEKA: Kerajaan tidak mempunyai hak untuk merampas tanah di Kampung Baru jika pemilik tanah berkenaan enggan menerima tawaran RM1,000 per kaki persegi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan merampas tanah berkenaan adalah perbuatan yang kejam, kerana sepatutnya diserahkan kepada para pemilik tanah untuk memajukannya.

Ismail mengulas kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kerajaan akan menggunakan undang-undang yang ada untuk mengambil tanah berkenaan jika pemilik berkenaan masih berdegil.

“Saya tidak faham bagaimana (Khalid) boleh berkata demikian iaitu akan mengambil tanah secara demikian jika pemilik tanah masih berdegil,” katanya

“Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah menyatakan kerajaan hanya boleh mengambil tanah untuk tujuan kegunaan awam seperti pembinaan hospital,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.


Bagi kes Kampung Baru, kata Ismail, kerajaan merancang untuk melaksanakan pembangunan komersial.

Show More

Related Articles

Back to top button