Nasionalpilihan

Pasukan khas tangani masalah pelajar kemurungan

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka menggerakkan pasukan petugas khas memantau kes tekanan dan kemurungan yang dialami pelajar sekolah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pasukan itu ditubuhkan susulan dua insiden kematian dua pelajar baru-baru ini.

Menurutnya, pasukan tersebut telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu bertujuan menangani kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah.

“Ekoran kejadian dua pelajar maut ia ada kaitan dengan masalah mental justeru pasukan petugas khas mula digerakkan memantau tahap kesihatan mental pelajar.

“Insiden yang berlaku baru-baru ini mungkin ada elemen mental dan pasukan ini mula membuat pemantauan ke sekolah-sekolah termasuk berasrama jika terdapat pelajar mengalami kemurungan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Penajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penyerahan Jersi Pasukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Bukit Serindit di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama pada 4 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun maut dipercayai dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun di Kampung Bukit Piatu di sini.

Disusuli kejadian kedua pada 20 Julai lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun di sini.

Rahmad berkata, pasukan khas itu juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar mengenai buli yang boleh membawa kepada masalah mental atau tekanan emosi.

“Kita akan melakukan sesi ini dalam tempoh enam bulan sekali di setiap sekolah di seluruh negeri ini,” ujarnya. – SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button