Nasional

Langgar, tetak abang dan kakak ipar kerana harta pusaka

PASANGAN suami isteri ditetak dan dilanggar oleh adik sendiri gara-gara berebut harta pusaka.

Suspek bagaimanapun ditemui mati di sebuah lombong di Antara Gapi, Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 65 tahun yang merupakan abang kepada kepada suspek dan isterinya berusia 56 tahun.

Kedua-dua mangsa cedera di kaki dan tangan selepas ditetak oleh adik mereka itu menggunakan parang.

Arsad Kamaruddin memberitahu, sebelum itu kedua-dua mangsa dilanggar di hadapan kuil di Kampung Chuang Rasa, Rasa, pada pukul 7.56 pagi ketika sedang menunggang motosikal.

“Suspek yang kemudian menetak suami isteri itu sebelum melarikan diri. Seorang lelaki yang melihat kejadian menghampiri mangsa yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Saksi lain terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila keluar rumah mendapati suami isteri terbaring tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil,” katanya.

Menurut Arsad, hhasil siasatan mendapati suspek merupakan adik kandung mangsa lelaki dan polis turut menemui parang digunakan suspek di tepi jalan simpang tiga Pekan.

Selepas kejadian itu katanya, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta dipercayai milik suspek di lombong Antara Gapi pada pukul 1.10 tengah hari.

“Kereta itu dijumpai terjunam di tebing lombong dan pintu bahagian pemandu dalam keadaan terbuka. Mayat turut ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kereta itu.

“Polis meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat dan hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya,  polis percaya mayat itu ada kaitan kejadian langgar dan tetak suami isteri terbabit.

Motif kejadian katanya, dikenalpasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button