Nasional

Lori kontena rempuh pondok kawalan

SEBUAH lori kontena melanggar lalu merempuh pondok kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menyebabkan seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan tersebut mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, dalam kenyataannya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah.

“Seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu mengalami cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button