Politik

PAS jangan berangan bentuk khemah besar dengan DAP-Lim Guan Eng

“PAS jangan nak berangan mahu membentuk khemah besar dengan kita, DAP. Kita sendiri pun tidak pernah berhubung dengan mereka untuk pelawa membentuk khemah besa.” Itu kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Dengan kata-kata itu, apakah PAS umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dan mahu duduk di bawah payung besar pembangkang?

Memetik laporan Utusan Malaysia, Guan Eng menegaskan khemah besar hanya untuk parti pembangkang.

Beliau tidak menyifatkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang malahan kata Guan Eng, pihaknya tidak pernah berbincang dengan PAS atau parti Bersatu berhubung perkara itu (duduk bersama-sama di bawah satu payung besar pembangkang).

Dakwa Guan Eng, DAP sendiri tidak bersetuju untuk membentuk khemah besar dengan golongan pengkhianat tebuk atap.

Istilah “khemah besar” digunakan untuk menggambarkan keutamaan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, PAS tahu mengenai agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di bawah pendekatan khemah besar pada PRU15.

Tetapi, kata Abdul Hadi, PAS menolak pendekatan itu kerana enggan bekerjasama dengan DAP.

Guan Eng turut mempersoalkan bagaimanakah kenyataan itu tiba-tiba muncul kerana pihaknya tidak pernah berbincang dengan PAS.

“Dia (Hadi) bincang dengan siapa? Amanah? Tidak mungkin sebab mereka berdua memang tidak boleh berunding. Dengan DAP? Pun tidak mungkin. Atau bersama PKR? Siapa orangnya? Saya rasa juga tidak ada,” soal Guan Eng bertalu-talu tetapi tidak mendapat jawapan .

Kata Guan Eng lagi, “Kita ini ada prinsip. Kalau nak kerjasama pun bukan dengan pengkhianat sebab khemah besar ini hanya untuk pembangkang.

“PAS dan Bersatu adalah Perikatan Nasional, sebahagian daripada kerajaan. Bagaimana ingin menyertai khemah besar? Tidak mungkin.” – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button