Politik

Tiba masa kita menghadap Sultan Perak, kata Abdul Hadi

PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin parti itu akan diterima menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam dialog bersama media hari ini, Abdul Hadi berkata, Sultan Nazrin Shah telah menerima sembah permohonan dari parti itu untuk menghadap baginda.

Ketika ditanya oleh media tarikh yang telah diperkenankan oleh baginda, Abdul Hadi berkata, dia tidak perlu mendedahkan tarikh tersebut.

“Kita telahpun menyembah permohonan untuk menghadap Sultan Perak dan sudah diterima. Saya tidak perlu beritahu tarikhnya bila tiba masanya kita akan menghadap,” kata Abdul Hadi.

Sebelum ini tular di media sosial surat Abdul Hadi mohon menghadap Sultan Nazrin Shah menyatakan niatnya untuk memberitahu Sultan mengenai “situasi politik yang melibatkan PAS”.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Perak sebelum itu tidak hadir pada sesi menghadap yang dijadualkan dengan Sultan Nazrin pada hari Selasa lalu.

PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk “menangguhkan” menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongan terhadap calon menteri besar Perak yang baharu.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, isu politik di negeri itu pada dasarnya telah selepas dengan pelantikan menteri besar yang baharu.

“Isu politik perak sebahagian besar telah diselesaikan. Pada dasarnya sudah berjaya melantik menteri besar dan lima exco untuk menjalankan tugas,” kata Abdul Hadi ringkas.

PAS Perak sebelum ini menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap seperti dititahkan baginda, Selasa lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata Abdul Hadi sendiri dijadual akan mengadap baginda.

“Maka kami, saya Razman Zakaria (ADUN Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (ADUN Selama) dan Khalil Yahaya (ADUN Kubu Gajah) dengan rendah diri menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin di atas kekhilafan tidak dapat mengadap seperti dititahkan baginda kepada kami bertiga pada 3 petang Selasa lalu.

“Sehubungan itu, PAS Perak akan mengutuskan surat memohon ampun dan maaf atas perkara itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Perak dua hari lalu.-SM

 

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button