Nasional

Panjat pagar: Syed Saddiq tuduh UMNO jadi dalang

KETUA Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa UMNO menjadi dalang mencetuskan huru hara program Rapat Umum Armada malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, tindakan kumpulan itu sangat ganas dan merbahaya.

“Ketika program dijalankan, ada sekumpulan individu yang tak dikenali datang dan mencetuskan huru-hara. Mereka disyaki daripada pihak Pembangkang iaitu UMNO yang sengaja datang untuk menganggu program kami.

“Namun tindakan mereka sangat ganas dan merbahaya. Mereka melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan menghalau kami semua,” kata Syed Saddiq.

Gambar Syed Saddiq melarikan diri menggunakan lorong tikus, meredah belukar dan memanjat pagar daripada kumpulan terbabit viral di media sosial hari ini.

Foto aksumi Syed Saddiq memanjat pagar itu menjadi tajuk perbualan di media sosial hari ini.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu berkata, Armada telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.

“Kami juga mempunyai rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

“Armada ingin menyatakan dengan tegas bahawa kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang sangat kotor, jahat dan tidak berdemokratik seperti ini,” kata Syed Saddiq.

Rapat Umum Armada malam tadi bertujuan mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan seperjuangan.

Syed Saddiq juga turut memberikan mesej penting agar Armada terus bersatu di bawah satu bumbung iaitu PPBM.

Namun kira-kira 200 pemuda berbaju hitam yang hadir menjerit-jerit pelbagai perkataan ketika majlis berlangsung

“Lebih teruk keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster.

“Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah,” kata Syed Saddiq dalam satu hantaran malam tadi -SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button