Nasional

Panglima perang Covid-19, Dr. Rohaizat berkhidmat semula

GENAP dua bulan ‘panglima perang Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membenteras Covid-19 Datuk Dr Rohaizat Yon bersara, beliau dipanggil semua untuk berkhidmat.

Bekas timbalan ketua pengarah (perubatan) KKM itu akan berkhidmat secara kontrak bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Dr Rohaizat bersara pada 10 Jun lalu selepas hanya dua kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada hari tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengumumkan persaraan beliau menyifatkan Dr. Rohaizat sebagai ‘panglima perangnya’.

Petugas media dan kakitangan KKM turut terkesan dan merasai kesedihan Dr Noor Hisham apabila suaranya bertukar sebak ketika menyampaikan penghargaannya kepada Dr Rohaizat.

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan, hari ini adalah hari terakhir seorang panglima perang saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).

“Selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari, beliau bersama-sama mengharungi dan memerangi COVID-19 telah bersara wajib.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Rohaizat atas komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Hari ini Dr. Noor Hisham mengesahkan aktiviti kunjung mengunjung pada Aidiladha merupakan punca utama pertambahan kes Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau.

Dr Noor Hisham  berkata, kes positif koronavirus (Covid-19) kedua-dua kluster tersebut kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga.

“Siasatan yang dijalankan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan juga saringan kontak rapat mendapati penularan jangkitan Covid-19 dalam kedua-dua kluster ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan,” katanya ketika sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya hari ini.-SM

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button