Berita

Pak Wan pesan supaya usahawan terus komited dan dedikasi

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengingatkan para usahawan supaya pasang niat untuk menghadapi tahun baru ini dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi apatah lagi menyemai sikap positif dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

“Semoga kita melabuhkan Tirai 2019 dengan seribu satu kemanisan dan kenangan, agar kita dapat membuka tirai Tahun Baru 2020 dengan lebih bermakna dan penuh iltizam,” katanya dalam ucapan tahun baharu.

Menjelang Tahun Baru yang bakal tiba, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil kesempatan lembaran baru ini dengan nafas baru serta semangat baru dengan suntikan nilai jati diri dan daya saing yang tinggi dan berkesan.

“Usahawan adalah wira ekonomi negara. Mereka merupakan penggerak dan penyumbang utama ekonomi negara kita. Bukan itu sahaja, para usahawan merupakan antara segmen masyarakat yang membawa perubahan besar ke dalam KDNK negara serta menjadi pemangkin utama kepada penciptaan peluang pekerjaan,” katanya.

“Ingatlah tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan kesungguhan dan usaha anda sendiri. Kerajaan akan sentiasa membantu memudah cara, memberi dorongan dan laluan yang sebaiknya,” ujar beliau.

Namun begitu, beliau percaya semua mahukan yang terbaik untuk diri, perniagaan dan untuk setiap orang di sekeliling bagi menikmati hasil keringat dalam mencipta kejayaan.

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua.

“Selamat Tahun Baru 2020, dari saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Usahawan,” katanya.

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button