BeritaLuar Negara

Lima sekeluarga cedera terbabit kemalangan di Mesir

Kementerian Luar mengesahkan lima warganegara Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah semalam.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan telah dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Cairo bagi menerima rawatan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa dan akan terus memantau perkembangan terkini keadaan mereka dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak menyatakan atau mengesahkan laporan media asing sebelum ini yang dua warga Malaysia turut maut dalam kejadian itu.

(Visited 43 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button