Luar Negara

Sistem kesihatan Portugis hampir lumpuh, kes Covid-19 melonjak

SISTEM kesihatan awam Portugis hampir runtuh kerana hospital di kawasan yang paling teruk terjejas mengalami lonjakan kes koronavirus yang membimbangkan.

Ini sekaligus menyebabkan katil untuk merawat pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi hampir penuh

“Sistem kesihatan kita berada dalam situasi tekanan yang sangat tinggi. Kita hampir kepada paras berbahaya,” kata Menteri Kesihatan Marta Temido kepada wartawan setelah mengunjungi sebuah hospital yang sedang mengalami masalah.

Menurut data Kementerian Kesihatan Portugis, sistem kesihatan negara itu memiliki jumlah katil untuk rawatan kritikal (ICU) terendah iaitu 627 katil bagi setiap 100,000 penduduk.

Jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal telah mencapai 647 orang pada hari Ahad.

Persatuan Pentadbir Hospital Portugis mengatakan jumlah pesakit coronavirus yang memerlukan rawatan perubatan di hospital kemungkinan meningkat secara mendadak minggu depan.

Tiga hari setelah penutupan di seluruh negara, Portugis yang mempunyai hanya 10 juta penduduk melaporkan 10,385 kes baru dan 152 kematian pada hari Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan seramai 549,801 orang, dengan jumlah kematian meningkat kepada 8,861.-SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button