Bencana alamLuar Negara

PBB bincang kesan gempa bumi terhadap kanak-kanak di Turkiye, Syria

SEBANYAK 4.6 juta kanak-kanak yang tinggal di 10 wilayah di Turkiye dan 2.5 juta kanak-kanak di Syria dilaporkan terjejas akibat bencana gempa bumi yang berlaku pada Isnin lepas.

Ekoran itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam membincangkan kesan gempa bumi yang melanda Turki dan Syria minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap UNICEF, James Elder menyuarakan kebimbangan ribuan kanak-kanak mungkin menjadi korban gempa bumi dan menekankan keperluan sokongan tambahan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka.

Pengarah Negara dan Wakil Program Makanan Sedunia (WFP) di Syria, Kenneth Crossley menegaskan bahawa Aleppo, Hama dan Latakia terjejas teruk akibat gempa bumi.

Pihaknya telah bekerjasama dengan rakan kongsi mereka untuk merawat mangsa yang cedera termasuk di barat laut Syria.

“Bantuan makanan turut disalurkan kepada kira-kira 180,000 orang di barat laut Syria,” katanya.

Sementara itu, pembukaan sempadan di barat laut Syria sangat dialu-alukan bagi memudahkan akses kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa, dan langkah ini sangat penting untuk kesinambungan bantuan kemanusiaan, kata Crossley.

Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Paul Dillon berkata, 11 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dihantar ke barat laut Syria semalam melalui Pintu Sempadan Bab Al-Salam di Azaz dan melalui Pintu Sempadan Oncupinar di wilayah Kilis selatan Turki.

“IOM telah menghantar 30 trak ke Idlib bagi menyalurkan bantuan,” katanya. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button