Jenayahpilihan

“Otak Saya Tidak Dapat Berfikir Apa-Apa Ketika Ini,” Luah Bapa Suspek

Kecoh dalam media sosial sejak semalam mengenai beberapa video dan gambar seorang lelaki, yang dikenali Amir, berbogel sambil membawa motorsikal di Johor Bahru.

Lebih mengejutkan dalam satu kejadian, lelaki tersebut sanggup mengelar leher anak dan isterinya yang baru sahaja habis berpantang di Jalan Dewasa, Bakar Batu.

Difahamkan, suspek tidak mempunyai kerja tetap dan bapa mangsa perempuan, Rosman Ahmad, 58, bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada anak sulungya.

Terdahulu, Rosman memaklumkan mangsa yang juga merupakan anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26, sememangnya mempunyai masalah rumah tangga.

Selain mempunyai kesan luka, mangsa ditemui terbaring di hadapan pintu rumah, bersama anak lelakinya, Hans Mohd Thakif Amir berusia lingkunan dua bulan dan meninggal di tempat kejadian.


Suspek berjaya ditangkap pihak polis dan direman selama tujuh hari serta dalam masa sama, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Seorang saksi, Ahmad Zaini Ismail bersama anaknya, Mohd. Noor Haikal memberitahu mereka mendengar suspek menjerit kepada mangsa dan mengheret mangsa sambil memegang pisau pemotong daging.

Menurut jiran di situ, suspek seorang yang baik dan sering membelanja budak-budak kampung sarapan pagi selain tidak pernah mengacau orang dan mempunyai sifat pergaulan yang baik terhadap orang sekeliling.

Luah salah seorang sahabat suspek, Eykaa Sajee menerusi hantaran media sosialnya, Amir adalah orang yang baik dan meminta orang ramai menghentikan sebarang andaian.

Ujar adiknya, dia sebenarnya terkejut kerana abangnya (suspek) bukan jenis pemarah selain tidak pernah mendengar mereka mempunyai sebarang masalah dalam perkawinan dan bapanya juga buntu.

“Otak saya tidak dapat berfikir apa-apa ketika ini,” luah bapa suspek dan dalam masa sama, keluarga mangsa juga reda di atas pemergian anak perempuannya serta bayi.

Menurut sumber, pasangan itu bernikah tahun lalu dan sepatutnya pasangan itu akan melakukan persandingan pada 24 Julai ini dan segala persiapan pun juga sudah dijalankan.

Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, hari ini – SUARA MERDEKA

 

 

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button