Nasionalpilihan

Rina Harun turun beri bantuan kepada mangsa banjir di Yan

WALAUPUN sudah dua minggu tragedi kepala air yang menyebabkan banjir besar di Yan, Kedah berlaku, masih ada mangsa-mangsa yang terjejas dan memerlukan bantuan.
Terbaharu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datuk Seri Rina Mohd Harun turun memberikan bantuan kepada mangsa pada semalam.
“Alhamdulillah sebentar tadi saya telah menyantuni serta meninjau keperluan dan tindakan intervensi terhadap keluarga mangsa-mangsa tragedi kepala air di Kampung Setol, Yan, Kedah.

“Rata-rata mereka terjejas teruk malahan ada yang mengalami kerugian mencecah belasan ribu ringgit apabila hampir kesemua peralatan elektrik dan perabot musnah dalam kejadian ini.

“Insya-Allah saya akan sentiasa bantu untuk melengkapkan segala keperluan mereka,” katanya.

Rina menyampaikan bantuan berupa Tabung Bantuan Segera (TBS) dan Bakul Prihatin Negara (BPN) kepada keluarga mangsa fenomena kepala air daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut diserahkan berupa Sumbangan Prihatin, Kotak Kasih Prihatin dan barangan elektrik daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Menurut Rina, turut hadir bersamanya ialah sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sukarelawan Skuad Prihatin Negara dan barisan Srikandi BERSATU Malaysia.

Selain membantu memberikan bantuan, mereka turut sama-sama melaksanakan gotong-royong bagi mempercepatkan proses pembersihan kawasan rumah yang terjejas.

“Turut bersama kita adalah Lembaga Kaunselor yang bantuannya khusus kepada sokongan moral dan memberi kaunseling kepada mereka yang trauma akibat musibah ini,” katanya.

Video kehadiran Rina ke lokasi tragedi air kepala di Yan Kedah.

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button