Jenayah

Hanya tegur rakan sebar video lucah, ditendang kepala hingga lumpuh

Sorang ibu meluahkan rasa kesal apabila anaknya yang merupakan seorang pelajar sekolah dipercayai ditendang oleh rakannya di belakang kepala semasa di asrama hanya menegur rakannya itu sebar video lucah di kumpulan WhatApp.

pelajar sekolah dibuli hanya kerana menegur rakanya sebar vedio lucah di Whataspp

“Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling di takutkan.

“Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat mengerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

“Bilamana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu,” tulis ibunya.
Tambahnya lagi, anak lelakinya itu merupakan ketua kelas ditendang secara curi di bahagian belakang kepala sehingga menyebabkan kelumpuhan.

“Hanya bermula apabila Fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).

“Mujur Allah pelihara Fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, Ibu pelajar berkenaan lega dan bersyukur kerana doktor memberitahu yang tendagan tersebut tidak mengenai bahagian sensitif yang boleh mengakibatkan kecederaan lebih parah.

Perkembagan anaknya itu juga setakat ini berjalan dengan baik dan sudah boleh mengerakkan tangan dan kaki.

Laporan polis telah pun dibuat dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya daripada sebarang kemudaratan.

Artikle Berkaitan ;>

Budak lelaki tamatkan riwayat sendiri gara-gara tidak tahan dibuli di sekolah

Polis sudah kenal pasti sekolah pelajar didakwa buli

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button