JenayahNasional

Rakan jadi ejen doktor jual sijil vaksin palsu

PERKEMBANGAN siasatan doktor jual sijil vaksin Covid-19 palsu di Terengganu. Seorang doktor menggunakan taktik menjadikan rakan-rakannya sebagai ejen untuk mencari pelanggan atau individu yang berhasrat mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, susulan itu, enam individu berusia antara 35 dan 57 tahun yang disyaki menjadi ejen doktor tersebut ditahan di sekitar Marang, Dungun dan Kuala Terengganu pada Ahad lalu bagi membantu siasatan.

Menurut Rohaimi, mereka bukan kakitangan klinik tetapi lebih kepada kawan-kawan.

“Ejen ini cari orang untuk vaksin di klinik suspek. Mereka ditahan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka selesai diambil,” katanya.

Beliau berkata, ejen tersebut dibayar serendah RM50 manakala bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu adalah antara RM400 hingga RM600 bagi setiap pelanggan.

Semalam, Rohaimi berkata, doktor lelaki berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan tersebut secara bersendirian di dalam bilik rawatan tanpa bantuan kakitangan klinik.

Sabtu lepas, doktor yang mendakwa dirinya antivaksin itu ditahan di sebuah klinik swasta di Marang selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin Covid-19 palsu.

Menurut Rohaimi siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu telah berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi namun daripada jumlah itu, polis masih menyiasat angka sebenar individu yang membeli sijil vaksin palsu. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button