JenayahLuar Negara

Budak lelaki tamatkan riwayat sendiri gara-gara tidak tahan dibuli di sekolah

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun memilih jalan untuk menamatkan riwayat sendiri apabila tidak tahan berdepan dengan kejadian buli yang menimpa dirinya.

Mangsa, Drayke Andrew Hardman, sebelum itu pernah cuba pertahankan dirinya namun tetap berakhir dengan keadaan mata lebam akibat ditumbuk sekumpulan kanak-kanak lain.

Sejurus selepas itu, akibat tidak tahan dibuli, 9 Februari 2022 menyaksikan Drayke membuat keputusan menggantung diri dengan hoodie kegemarannya.

Bapa Drayke sempat menyelamatkan anaknya melalui CPR sementara menunggu pihak kecemasan tiba dan selepas 15 minit, jantung Drayke kembali berdegup.

Namun masih terdapat beberapa kerosakan pada tubuh dan Drayke dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Selepas kematian Drayke, keluarganya mula bercerita tentang kesan buli dan tragedi membunuh diri yang menimpa Drayke.

“Drayke Andrew Hardman anak Samie dan Andrew Hardman dilahirkan pada 26 Mei 2009. Drayke sangat disayangi oleh keluarganya, dia suka bersukan dan mempunyai semangat yang tinggi.

“Drayke mahu berkawan dengan semua orang. Malangnya, Drayke menjadi mangsa buli di sekolah, Drayke juga cuba berbaik dengan pembuli untuk menjadi rakannya.

“Pada hari Isnin, Drayke pulang ke rumah dengan keadaan mata yang sudah lembam dan memberitahu pada kakaknya ada sekumpulan kanak-kanak telah menyerangnya,” kata ahli keluarga Drayke.

Orang ramai bersimpati dengan Drayke dan mangsa dikenang selama-lamanya selain menerima gelaran Drayke ‘budak yang penyayang dengan hati yang baik’. – SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button