KebakaranNasionalNegeri

Kanak-kanak lelaki 6 tahun rentung, 5 lagi cedera  dalam kebakaran 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun rentung manakala lima individu lain cedera selepas kediaman mereka di Kampung Perpaduan, Jalan Kinabatangan, Sabah, terbakar tengah malam tadi.

Bomba menemukan mangsa, Mohd Adlinsyah Mohd Adsni di dalam sebuah bilik di rumah terbabit selepas api berjaya dipadamkan.

Lima mangsa lain yang mengalami melecur terdiri daripada ahli keluarga mangsa iaitu Mohd Adsni Sani, 43, Alina Sahari, 41, Mohd Isnain Mohd Adsni, 12, Mohd Adlisyam Mohd Adsni, 3, serta Mohd Ishak Hafsham, 15.

Jurucakap bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.40 tengah malam.Ads by

Katanya, dalam kejadian itu, sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.


“Seorang mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik, lima mengalami kecederaan manakala dua lagi penghuni dalam rumah terbabit terselamat.

“Apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati turut terbakar ialah sebuah motosikal manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda berjaya diselamatkan,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.04 pagi dan operasi ditamatkan pada pukul 3.56 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button