Jenayah

Mayat lelaki lemas ditemukan di Sungai Melaka

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 14 Mei – Seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an ditemukan lemas di Sungai Melaka berdekatan jeti Taman Rempah dekat sini, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairudin Atan berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang individu memberitahu seorang lelaki telah terjun ke dalam sungai Melaka.

Menurutnya, seramai lapan anggota dengan satu jentera bomba dan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 7.07 malam.

“Mayat mangsa kemudian ditemui pada pukul 8.46 malam berhampiran lokasinya terjun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Khairudin lagi, siasatan terhadap mangsa sedang dijalankan dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button