Politik

Orang Melayu `pening kepala’ dengar Malaysian Malaysia DAP

“Orang Melayu bila dengar Malaysian Malaysia memang ‘pening kepala’. Kalau mereka (Melayu) nak terima, dari dulu lagi konsep ini diterima.

“Tapi sudah beberapa generasi yang menolak konsep ini. (Sekali gus) bermakna ia tidak akan berjaya sampai bila-bila.”

Begitulah telahan Dr. Tan Seng Giaw, seorang pemimpin veteran DAP yang mengingatkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ dibawa oleh DAP sejak berdekad-dekad lamanya hanya sesuai dilaksanakan di Singapura, bukannya di negara ini.

Seng Giaw, ahli parlimen Kepong selama lapan penggal tetapi diigugurkan sebagai calon DAP pada pilihan raya umum 2018 menjangkakan 90 peratus orang Melayu menolak konsep yang menuntut kesamarataan itu sehingga bila-bila.

“Konsep ini dahulunya dibawa oleh PAP (Parti Tindakan Rakyat), ketika itu orang Melayu di Singapura hanyalah 20 peratus dan konsep itu diteruskan oleh DAP di Malaysia (selepas Singapura keluar Malaysia pada 1965) di mana orang Melayu di negara ini adalah seramai 90 peratus. Ia tidak boleh digunakan di Malaysia.

“Bangsa Melayu bila dengar Malaysian Malaysia memang pening kepala, bermakna ia tidak akan berjaya sampai bila-bila,” kata bekas Naib Pengerusi Kebangaan DAP itu dipetik dalam wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Konsep Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi beberapa parti politik.

Ia diperkenalkan bagi membantah Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera.

 

Antara keistimewaan tersebut adalah Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, melindungi institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam, kuota Biasiswa untuk Pendidikan, lesen perniagaan dan lain-lain.

Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965 yang menyaksikan Kuan Yew menjadi Perdana Menteri republik itu, konsep tersebut terus diperjuangkan DAP yang merupakan parti serpihan PAP Singapura, sehingga hari ini.
-SM

(Visited 1,252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button