Politik

Walau kalah, Shafie tetap calon perdana menteri

BEKAS Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap merupakan calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun Parti Warisan Sabah gagal mempertahankan Kerajaan Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Negeri semalam, Presiden Warisan itu tetap calon perdana menteri.

“Dia masih satu daripada calon,” kata Dr. Mahathir ketika ditemubual oleh wartawan.

Selain Shafie, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri bagi PH Plus.

Dalam PRN Sabah semalam Warisan Plus yang dipimpin oleh Shafie gagal untuk mentabir semula Sabah selepas hanya memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sementara lawannya parti Gabungan Rakyat Sabah pula berjaya memperoleh 38 kerusi sekaligus mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Dr. Mahathir tanpa berselindung menyatakan perasaan kecewanya terhadap kekalahan Warisan. Beliau berharap rakyat Sabah akan memilih parti Warisan untuk terus mentadbir negeri tersebut.

“Saya kecewalah, saya harap rakyat Sabah menolak orang yang mengunakan cara yang tidak betul untuk mengambil alih kerajaan. Kerana mereka sengaja meruntuhkan kerajaan dengan upah orang yang melompat.

“Kalau inilah jadi amalan kita di Malaysia tamatlah demokrasi kerana siapa sahaja yang ada duit boleh beli mana-mana kerajaan. Kerajaan pusat pun macam itu. Sekarang ini kerajaan Sabah pun macam itu,” kata Dr. Mahathir.

 

 

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button