fbpx
Jenayah

Op Benteng: 371 angggota sindiket seludup migran ditahan

SEBANYAK 371 anggota sindiket penyeludupan warga asing ditahan sepanjang Op Benteng yang dilakukan bermula 4 hingga 7 Jun lalu.

Kesemua yang ditahan mempunyai peranan masing-masing antaranya sebagai ejen dan penyedia rumah tampungan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek yang ditahan 124 ejen, 102 pembawa, 97 tekong dan 48 penjaga rumah transit atau rumah penampungan.

“345 lelaki dan 26 wanita warga tempatan, Indonesia, Filipina, Bangladesh serta Myanmar,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Menurut Huzir, kesemua sindiket rakyat tempatan yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.


Jelasnya, tindakan itu diambil kerana mereka yang ditahan berkaitan kes penyeludupan migran sebelum ini seakan tidak kesal dan kembali melakukan jenayah sama. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button