JenayahUncategorized

Dah kenapa ikut laluan motosikal?

SELAIN memandu secara lawan arus dan mengikut laluan kecemasan, pemaduan aneh yang sering dilakukan pemandu Malaysia ialah memandu di lorong laluan motosikal.

Walaupun sudah ada pembahagi jalan antara laluan motosikal dan laluan utama untuk kenderaan lain, tetap ada yang terlepas masuk.

Terbaharu, tular satu video melibatkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang lelaki menerusi laluan motosikal.

Kejadian dipercayai berlaku di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang Jaya, Selangor.

BACA> Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat – Suara Merdeka

Mujur kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan melibatkan penunggang motosikal lain yang menggunakan laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya sudah membuat laporan berkaitan kes berkenaan untuk tujuan siasatan.

“Ini adalah kes baru dan kita sedang lakukan siasatan termasuk menyemak nombor pendaftaran kenderaan tersebut di bawah syarikat mana,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Ini bukan kejadian pertama melibatkan kereta yang memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan.

Tidak pasti sama ada mereka benar-benar keliru memandangkan laluan motosikal yang agak lebar atau memandu di bawah pengaruh alkohol. -SM

(Visited 575 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button