fbpx
Nasional

Nyaris `terbang’ RM18,000, internet percuma `lubuk’ scammer?

SEORANG netizen yang menamakan dirinya “Norziena Mior Norahan” berkongsi pengalaman ngerinya dalam beberapa WhatsApp Grup tentang penggunaan perbankan online dan internet percuma.

Dakwa Norziena, kerana penangan `scammer, dia nyaris `terbang’ sejumlah RM18,000 kerana menggunakan perbankan online menerusi `internet percuma’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan sebanyak 3,533 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM186 juta.

Kes-kes berkenaan direkodkan dari Januari hingga Ogos 2019. Jumlah kerugian termasuk RM79.4 juta membabitkan 1,612 kes Macau Scam.


Kes-kes jenayah penipuan dalam talian (online) meliputi pelbagai kategori seperti penipuan melalui telefon dan internet, Love Scam, pinjaman tidak wujud serta Macau Scam.

SUARA MERDEKA yang memperjuangkan isu-isu berkepentingan rakyat sepanjang PKP ekoran penularan wabak COVID-19 ini, menyiarkan pengalaman Norziena untuk manfaat kita semua:

“Assalammualaikum,

Hati-hati guys,

Ini dugaan yang aku lalui pada PKP Fasa 2.

Aku siarkan cerita ni atas nasihat daripada Inspektor F dari IPD ** agar kalian semua lebih berhati-hati menggunakan perbankan internet.

Cerita bermula pada hari Khamis, 2 April 2020 sekitar pukul 4.57 petang, membuat pindahan wang sebanyak RM1,000 ke satu lagi akaun milik aku.

Tak lama lepas itu sekitar pukul 6.44 petang, aku menerima WhatsApp daripada nombor 017-6312*** menyatakan tersalah hantar TAC ke nombor telefon aku.

Masa itu sudah rasa lain macam “mana mungkin tersalah hantar TAC. Nombor phone aku dengan dia bukan sama pun”.

Dia tak puas hati sebab aku tak reply. Dia call dari WhatsApp sebanyak dua kali tapi aku tetap tak angkat sebab masa itu kebetulan aku tengah masak untuk makan malam.

Tak lama kemudian menyusul nombor TAC melalui SMS di telefon aku.

Aku yang tengah masak ini punya rasa menggeletar lutut bila dapat TAC itu, terus block nombor WhatsApp dan SMS itu. Aku tak boleh fikir masa itu, takut sangat-sangat bila teringat kisah-kisah orang yang pernah kena tipu sebelum ini.

Bila aku tak layan, dia dah tak call lagi. Aku sedikit lega lah. Sambil-sambil itu aku hubungi BFF zaman sekolah dulu, Mas yang bekerja di *.

Bertanya macam-macam dengan Mas berkaitan scammer ni. Sedikit lega bila Mas kata aku bernasib baik kerana tidak berkongsi nombor TAC tersebut. Dalam lega-lega itu aku periksa juga akaun, memang masih ada duit.

Keesokan hari iaitu pada hari Jumaat, 3 April 2020 sekali lagi aku dihubungi oleh scammer menggunakan SMS sekitar pukul 6.53 petang dari nombor 63044 bertanyakan sama ada aku ada membeli barang dari Lazada bernilai 18k (RM18,000).

Aku tak layan dan terus block. Sekitar pukul 8.03 malam, aku terima WhatsApp dari nombor 011-25835*** sekali lagi bertanyakan sama ada aku ada membeli barang di Lazada dan membuat pembayaran pada mereka.

Masa itu dah tak sedap hati sebenarnya walaupun terus block segala nombor tu.

Hati jadi berdebar-debar. Dengan tangan yang menggigil aku try buka website * & mendapati duit aku telah ditransfer sebanyak dua kali transaksi ke First Deposit GSP.

Nilai bagi kedua-dua transaksi adalah sama dengan nilai barang di Lazada yang dinyatakan dalam SMS.

Aku menangis tak tau nak buat apa tengok duit dalam akaun dah menyusut.

Aku call semula Mas untuk meminta pandangan dia. Aku dah blur (bingung) masa itu.

Mas tenangkan aku dan suruh terus pergi buat report polis, tukar password M2u sesegera mungkin dan call * Customer Service untuk meminta bantuan.

Aku terus cerita pada suami apa yg terjadi dan kami tawakal bergegas ke IPD * berdua sebab aku tak boleh drive. Nasib lah IPD dekat sahaja dengan rumah.

Sampai di IPD * aku terus buat laporan sambil-sambil itu cuba tukar password M2u tapi tak berjaya. TAC tak sampai-sampai. Aku dah menangis masa itu, sambil-sambil itu cuba call * Customer Service tapi tak dapat bercakap dengan pegawai bertugas sebab dia orang dah di luar waktu operasi.

Untuk pengetahuan korang * Customer Service tidak beroperasi 24 jam sepanjang PKP ini. Sambil buat report, sambil sembang dengan pegawai-pegawai polis yang ada di situ, masing-masing terkejut macam mana scammer boleh ambil juga duit walaupun kita tak kongsi TAC.

Masa dah print laporan polis dapat bercakap dengan Inspektor bertugas tapi dia tak boleh buat pula sebab aku buka akaun di *.

Dia orang pindahkan laporan aku ke IPD *. Dapat call dari pegawai penyiasat di sana dan dia suruh aku datang sesegera yang mungkin.

Aku setuju datang keesokan hari (Sabtu – 4 April 2020) memandangkan hari dah jauh malam.

Balik rumah, migrain dah mula menyerang. Perut lapar tapi tak rasa nak makan.

Aku masih lagi WhatsApp dengan Mas sambil-sambil cuba tukar password & remove dua goal yang telah scammer create dalam akaun aku. Tetap tak berjaya. Tak sedar bila aku tertidur sebab banyak menangis.

Sedar-sedar dah Subuh, hari Sabtu (4 April 2020), aku cuba lagi tukar password. Hubungi * Customer Service & remove goal tetapi tetap tidak berjaya hingga hampir pukul 3 petang.

Jangan tanya berapa puluh kali aku call & cuba macam-macam. Aku dah rasa nak gila sebab banyak kot nilainya dia orang ambil. Aku susah payah simpan untuk anak-anak, korang setan senang-senang nak curi hasil titik peluh aku.

Kalau RM180 pun aku susah hati, inikan pulak jumlah aku diduga.

Menurut Mas, kita sebenarnya terdedah dengan scammer bila menggunakan online banking melalui WiFi luar/percuma.

Tapi masalahnya masa itu aku kat rumah. Aku guna Internet * yang * sediakan sebab masih dalam tempoh 8 pagi hingga 6 petang waktu kejadian pertama.

YES! aku rasa sebab guna Internet *. Jadi, scammer senang trace transaksi aku petang Khamis tu.

Korang rasa tak apa yang aku rasa? Selepas kita guna Internet * minggu ini banyak kejadian scammer curi duit kita dalam akaun.

Aku tak salahkan Internet * yang * bagi kita. Aku bersyukur dapat, tapi aku geram dengan scammer ini sebab lagi memudahkan kerja dia orang menipu.

Hampir pukul 3.18 petang hari itu atas bantuan Mas, aku telah dihubungi oleh pegawai dari * Kuala Lumpur. Setelah usaha call * Customer Service dan hantar e-mel kat * tiada jawapan, Allah hantar bantuan untuk aku yang dah tak tentu arah ini.

Aku menangis dapat panggilan dari * KL tu. Pegawai itu bantu aku buat password baharu & remove goal yang dicipta scammer bina** itu. Kami usaha sama-sama sampai berjaya dapat balik jumlah yang telah pending dalam akaun aku itu. Tqvm Mas. Tak terbalas jasa Mas pada Gee.

Lepas selesai dapat semula duit aku, terus siap-siap lepas Asar nak teruskan juga bagi statement kat IPD *.

Walaupun duit aku dah dapat balik tapi aku nak bagi pengajaran kat scammer bodoh itu. Berdua lagi kami melalui sekatan jalan raya di Seputeh berbekalkan report polis dari IPD * sebelum itu.

Dalam pukul 5.30 petang kami selamat sampai dan terus menuju pejabat pegawai penyiasat, Inspektor F.

Menurut Inspektor F, dia sendiri baru tahu taktik scammer create My Goal dalam akaun kita. Dia juga yang meminta aku berkongsi pengalaman di laman sosial agar lebih ramai yang peka dengan situasi semasa.

Rupa-rupanya banyak laporan yang dikendalikan Inspektor F sekitar dua, tiga hari ni berkaitan online banking.

Jadi, tolong lah kawan, ALERT dengan semua SMS, WhatsApp dan panggilan daripada orang yang tidak dikenali sama ada meminta TAC atau bertanyakan tentang pembelian barang-barang di Lazada atau Shoppe.

Paling penting juga korang jangan panik ketika melalui detik macam ini. Sekarang bukan masa untuk kita shopping dengan seronok dan menggunakan aplikasi online banking, lagi-lagi sepanjang tempoh dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Berhati-hatilah semua. Kalau sudah jadi macam aku memang menangis sajalah tak tahu nak buat apa.

Sudahlah sepanjang tempoh PKP waktu operasi customer service & bank-bank sudah tak sama macam dulu.

Kena pula macam aku, Jumaat malam kejadiannya. Sabtu, Ahad mana ada bank beroperasi. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi sepanjang dua hari cuti ini.

Aku merayu tolonglah lebih berhati-hati.” – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button