Nasional

5.3 juta dos vaksin diberi sehingga semalam

MOMENTUM suntikan vaksin diteruskan semalam apabila 221,706 dos suntikan diberikan kepada penduduk Malaysia semalam.

Sejumlah 177,876 lagi menerima dos pertama mereka semalam dan 43,830 orang menerima dos kedua dan sekaligus melengkapkan dos vaksin yang diperlukan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 5,330,654 dos vaksin telah diberikan.

Daripada jumlah itu 3,810,071 atau 11.7 peratus rakyat Malaysia telah menerima dos pertama dan 1,520,583 menerima kedua-dua dos.

Kuala Lumpur masih mendahului wilayah lain selepas 580,341 penduduknya menerima dos pertama dan 137,078 lengkap kedua-dua dos.

Diikuti Selangor yang mencatatkan 580,341 disuntik dos pertama dan 195,315 telah menerima kedua-dua dos.

Sarawak berada di kedudukan ketiga dengan 484,869 menerima dos pertama dan 172,644 telah disuntik dengan kedua-dua dos vaksin.

Johor berada ditempat keempat dengan 354,039 menerima dos pertama dan 149,227 menerima kedua-dua dos.-SM

 

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button