Nasional

Yayasan Petronas sumbang 100 katil ICU canggih

YAYASAN Petronas menyumbang 100 buah katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi kegunaan hospital dalam membantu negara memerangi wabak COVID-19.

Menurut Menteri Pengangkutan  Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, katil tersebut ditempah khas dari Pukang Medical Equipment iaitu sebuah pengilang kelengkapan perubatan yang terbesar di Hebei, China.

“Sebahagian daripada 100 buah katil ICU tiba di Malaysia pada awal pagi kelmarin dan mula diedarkan ke hospital kerajaan semalam!

“Tahniah dan syabas kepada Yayasan Petronas yang bermurah hati menyumbang 100 buah katil elektrik ICU yang canggih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan merawat pesakit Covid-19. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas budi baik pihak Yayasan Petronas!” kata Ka Siong.

BACA

Sementara itu menurut Ka Siong, tiga buah pesawat digunakan untuk membawa masuk katil tersebut dari China dan perkara itu bukan mudah.

Ini kerana Pihak Berkuasa Penerbangan China (CAAC) telah menyekat kemasukan warga negara asing ke negara tersebut sejak 28 Mac yang lalu,

Kementerian Pengangkutan terpaksa meminta CAAC supaya membenarkan cabang logistik dan kargo AirAsia, Teleport untuk berlepas ke Tianjin dan Beijing untuk memindahkan kesemua 100 buah katil tersebut ke Malaysia secara berperingkat.

“Akhirnya CAAC mengizinkan pesawat pertama AirAsia jenis Airbus330 terbang ke Tianjin kelmarin untuk mengangkut 28 buah katil ICU memandangkan saiz katil ICU ini terlalu besar dan mencapai muatan maksima pesawat.

“Kita masih lagi menanti isyarat daripada CAAC untuk mengaturkan pesawat AirAsia mengangkut baki 72 buah katil ICU dalam tempoh terdekat,” kata Ka Siong.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button