Jenayah

Netizen tangisi pemergian adik Amir

PEMERGIAN adik Amir menimbulkan kesedihan dalam kalangan netizen.

Ramai yang meluahkan kesedihan kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Selepas seminggu diambil oleh ibunya daripada ibu angkat, kanak-kanak itu telah dibunuh.

Laporan media dipercayai ia dilakukan oleh ibunya. Bagaimanapun ia masih disiasat oleh polis.

Pemilik akaun twitter ZaYeD ZulFikLi berkata sebagai seorang lelaki beliau jarang menangis, tetapi dia tidak dapat menahan air mata apabila membaca kisah anak itu.


Anak ini dulu diberi jaga pada orangg lain. Enam tahun lamanya. Tiba-tiba muncul mengejut. Ambik semula dari ibu angkat yang jaga. Ambik Oktober 2020, Januari 2021 mati sudah budak didera ibu sendiri dan bapa tiri.

Selamat tinggal Amir, katanya.

“Luluh hati kami..doakan kami sekeluarga kuat ye,” katanya lagi.

Tuhfah pula berkata, kes adik Amir masih lagi dalam siasatan polis dan beliau kami sekeluarga tak dapat tengok lagi keadaan jenazah adik Amir.

“Doakan jenazah adik Amir diberi peluang untuk kami bawak balik dikebumi di Bukit Sentosa..insya-Allah amin ya Allah,” katanya.

Berita asal: Ibu kandung, bapa tiri didakwa bunuh anak ditahan reman

(Visited 478 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button