Nasional

Ibu kandung, bapa tiri didakwa bunuh anak ditahan reman

Seorang ibu kandung dan bapa tiri yang dipercayai membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun ditahan reman sehingga 5 Februari depan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri mengesahkan penemuman mayat di dalam tong air di sebuah rumah di Melaka, semalam.

Perkara itu diketahui selepas seorang lelaki berusia 38 tahun memaklumkan bahawa anak tirinya lemas di dalam tong air.

Namun, menurutnya, mayat ditemukan kira-kira pukul 4 petang itu maut akibat lemas dan mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh.

Kanak-kanak yang maut itu sebelum ini pernah menjadi tular di laman sosial apabila ibu kandungnya mengambil semula anaknya yang diberikan kepada keluarga angkat.

Di dalam video tersebut, ibu angkat mangsa menangis teresak-esak ketika hendak memulangkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibu kandungnya. -SM

(Visited 1,454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button