Nasional

Hari Wilayah Persekutuan: Tiga wilayah, tiga keperluan berbeza

TIGA Wilayah Persekutuan di negara ini iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mempunyai keperluan berbeza dalam pembangunan.

Perkara itu dlihat kepada dasar keperluannya mengikut karateristik setiap wilayah dan juga terdorong oleh faktor penjanaan ekonomi dari kawasan berkenaan.

Oleh demikian, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, ketiga-tiga wilayah berkenaan akan menerima manfaat pembangunan berbeza mengikut keperluan mereka.

Seperti di Kuala Lumpur, pembaharuan bandar atau urban renewal akan dijalankan tanpa meminggirkan warga kota iaitu membangunakn kawasan tertentu temasuklah memodenkan perumahan lama.

Sementara di Putrajaya pula, fokus adalah memastikan penduduk di sana terutama golongan pasangan muda mampu memiliki rumah dan projek Residensi Prihatin akan dilancarkan.

Berbeza dengan Labuan, wilayah itu disifatkan masih lagi terperangkap dalam situasi rural dan fokus kepada isu kemudahan infrastruktur asas dan ekonomi seperti pengangguran adalah menjadi keutamaan.

“Kita berharap kali ini dengan tema yang dipilih Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin, kita akan dapat menzahir dan membudayakan perasaan cakna ataupun mengambil berat dengan masalah warga kota secara keseluruhannya.

“Tiga entiti yang mempunyai karakteristik dan tuntutan berbeza, tetapi yang satu persamaannya adalah nilai yang hendak diterapkan Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Prihatin.

“Pertama, satu usaha Pembaharuan Kuala Lumpur, bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi juga Labuan apa yang kita istilahkan sebagai urban renewal atau Program Pembaharuan Bandar.

“Jadi, kalau di Putrajaya itu adalah affordable home, atau rumah yang benar-benar mampu dimiliki.

“Kita akan bina harga rumah mesti berharga RM200,000 ke bawah supaya yang membeli nanti, dia membayar bulanan jangan lebih daripada RM2,000.

“Termasuk juga membina Monorail sebagai satu sistem pengangkutan moden dan memperkenalkan bas elektrik di Putrajaya.

“Untuk Labuan saya perlu usul perancangan yang berbeza lagi, fokus saya di Labuan ialah untuk menjayakan pembinaan jambatan untuk menghubungkan dengan Sabah khsusnya jambatan Labuan – Membakut yang sedang kita usahakan sekarang.

“Dengan adanya jambatan itu, saya berharap industri dan aktiviti baharu dapat diwujudkan di Labuan dan memberikan peluang pekerjaan dan sebagainya.”

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu wawancaranya bersama Selamat Pagi Malaysia di RTM TV1 hari ini.

Beliau berkata demikian memaklumkan perancangannya sebagai perancang bandar bagi membangunkan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Katanya, dalam pembangunan di ketiga-tiga wilayah di sana, beliau tidak mahu tiada penduduk atau rakyat yang terciri dalam kemajuannya.

“Bukan sahaja daripada sudut, kemajuan dan pembangunan fizikal Kuala Lumpur yang sememangnya sudahpun hebat, tetapi kita hendak memasmtikan rakyatnya akan dapat menikmati kualiti hidup yang baik.

“Pada masa sama, sesuai dengan prinsip ‘no one left behind’, kita pastikan setiap kelompok msyarakat diberikan perhatian tidak kira sekecil mana,” ujarnya. – SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button