Ekonomi

Negara dapat RM22 bilion hasil ketibaan 7.48 juta pelancong ke dalam negara

SESI KONSULTASI BELANJAWAN 2024 BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN ANJURAN MOTAC

YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempengerusikan Sesi Konsultasi Belanjawan 2024 Bersama Penggiat Industri Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Sanggar Pujangga MOTAC, Putrajaya.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan supaya dapat dipertimbangkan semasa menyediakan Belanjawan 2024.

Industri pelancongan dan kebudayaan menjadi salah satu penyumbang ekonomi negara. Sepanjang Januari sehingga Mei 2023, sebanyak 7.48 juta ketibaan pelancong ke dalam negara yang membawa pulangan sebanyak RM22 bilion pendapatan kepada negara.

Kemasukan ini mencecah 18 juta pelawat melebihi 16 juta pelawat yang disasarkan dan berada di landasan tepat seiring dengan Ekonomi MADANI.

Di samping pembangunan industri yang mapan, industri pelancongan dan kebudayaan negara juga digesa agar lebih proaktif dan produktif seiring dengan ledakan teknologi agar kekal relevan dengan kemajuan arus perdana.

Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan dan Pengurusan Tertinggi MOTAC.

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button