Ekonomi

Selepas tenaga solar, Gading Kencana bina tenaga hidro RM34 juta

SELEPAS berjaya sebagai syarikat menjana tenaga solar dan mempunyai dua ladang solar berskala besar Gading Kencana Sdn. Bhd. memulakan langkah menerokai satu lagi bidang tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga hidro.

Syarikat yang diasaskan oleh Datuk Ir. Guntor Tobeng itu kini memulakan projek tenaga hidro mini bernilai RM34 juta untuk membekalkan elektrik kepada masyarakat di Bidor, Perak.

Datuk Ir. Guntor Tobeng

Guntor yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana berkata, projek tenaga hidro mini yang terletak di Sungai Gedong, Bidor itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menyediakan elektrik yang bersih tanpa merosakkan alam sekitar.

“Projek tenaga hidro mini ini tidak melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti gas, diesel atau arang batu.

“Tenaga elektrik dihasilkan daripada air yang mengalir di sungai. Ini akan membantu mengurangkan jejak karbon,” kata Guntor.

Projek mini hidro itu ditawarkan oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (Seda). Tender yang dibuka pada bulan Disember tahun lalu itu telah dimenangi oleh Gading Kencana.

Jelas Guntor, penduduk tempatan yang mahir dan separa mahir terutama dari Bidor akan terlibat dalam projek tersebut dari fasa pembinaan hinggalah fasa operasi.

Projek mini hidro itu akan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2022.

“Dengan kapasiti untuk menjana elektrik 3MW, setiap loji tenaga hidro tenaga boleh diperbaharui dapat membantu mengurangkan keperluan mengimport arang batu 1,920 tan bernilai sekitar RM400,000 mengikut harga pasaran semasa,” katanya.

Gading Kencana berharap dapat mengembangkan projek tenaga hidro mini mesra alam ke bahagian termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

“Malaysia kaya dengan sumber air sungai dan kita dapat memanfaatkannya untuk menerangi kawasan terpencil,” kata Guntor.

Gading Kencana ketika ini memiliki dan mengoperasikan dua ladang solar berskala besar. Ladang solar di Bidor, Perak berkeupayaan menjana tenaga elektrik berkapasiti 30 megawatt (MW) dan di Melaka berkapasiti 11.5 juta kilowatt (kW).

Syarikat itu juga akan membina ladang solar ketiga berkapasiti 30 megawalt dengan nilai pelaburan sebanyak RM150 juta di Bidor awal tahun depan.-SM

(Visited 605 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button