Ekonomi

Alam Flora hargai barisan hadapan dengan pek prihatin

KIRA-KIRA 1100 pek prihatin diedarkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), COVID-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur dan Selangor bermula pada hari ini sehingga 15 Julai.

Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat, pek-pek yang diagihkan ini dilengkapi dengan set hidangan yang dipek dalam bekas makanan guna semula, serta set sanitasi tangan dan lencana Alam Flora Prihatin.

Selain itu, sumbangan yang seumpama juga turut diberi kepada pusat khidmat gelandangan kelolaan DBKL di Kuala Lumpur, memandangkan mereka juga turut terkesan apabila kurang mendapat bantuan makanan daripada orang ramai akibat pendemik ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan, sebagai ahli barisan hadapan, pihak Alam Flora amat memahami kesukaran petugas barisan hadapan yang terdiri dari pelbagai agensi. Mereka selalu menghadapi kengkangan mendapatkan serta membeli bekalan makanan ketika bertugas hingga ada yang terpaksa meminta ahli keluarga menghantar makanan kepada mereka, yang mungkin berisiko.

“Sudah lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Barisan hadapan seperti kami ini sama seperti para petugas perubatan serta sukarelawan, yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan berisiko tinggi tetapi ia tidak pernah sama sekali melunturkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik.


“Sebagai menghargai mereka, ini lah sumbangan dari kami bagi memberi pengiktirafan atas pengorbanan yang
tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh mereka,” katanya.

Mohd Zain berkata demikian ketika membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh.

 

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button