fbpx
Ekonomi

Platform E-dagang, Shopee Membuka Pelbagai Kemungkinan

Membolehkan penjualan hasil segar secara atas talian melalui platformnya

Platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee hari ini mengumumkan bahawa ia kini dapat menghantar bahan makanan segar terus ke kediaman rakyat Malaysia.

Kategori baharu ini membolehkan daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran dijual di platformnya.

Kemudahan penjualan barangan segar secara atas talian dan penghantaran kepada pengguna akan membantu platform e-dagang tersebut terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri
yang pesat berkembang.

Ia akan membawa pembaharuan kerana rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan semua yang mereka inginkan dan perlukan secara atas talian melalui sebuah pasaran.

Selain itu, platform ini telah membuka kunci potensi bagi kumpulan usahawan dan pedagang baharu, terutamanya nelayan dan petani yang sebelum ini tidak dapat menikmati perkembangan e-dagang dan menjual di pasaran atas talian terbuka.

Menerangkan rasional bagi usaha perniagaan baharu ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Persekitaran e-dagang Malaysia masih lagi dalam tahap pertumbuhan yang
hebat.

“Bagi kami, itu bermakna ini bukanlah masa untuk memperlahankan diri.

“Kami mengenal pasti lebih banyak bidang untuk diteroka, seperti segmen baharu, untuk mewujudkan persekitaran membeli-belah dan menjual secara atas talian yang lebih dinamik.

“Kami berhasrat untuk memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan bekerjasama secara langsung dengan nelayan dan petani di luar bandar Malaysia untuk projek ini.”

Hasil segar akan dijual pada mulanya di bandar-bandar utama di Lembah Klang melalui program perintis sebelum dilancarkan di seluruh negara. Fish Club dan FreshTap yang mengetuai pelancaran ini akan menawarkan lebih 60 jenis hasil segar yang berlainan.

Sebagai perintis dalam menjual makanan laut secara atas talian, Fish Club membawa tangkapan segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan senangin rambu empat serta salmon, belut dan kekapis yang diimport. Untuk mengekalkan kesegaran, Fish Club menyimpan makanan laut dalam bekas vakum serta membekukannya sebaik sahaja makanan laut tersebut dibuang sisiknya, disiang dan dipotong. Pengguna yang membeli dari kedai rasmi Fish Club “fishclubmy” boleh menikmati kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau
berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

Mereka yang inginkan daging segar dan makanan laut bersama-sama dengan sayur-sayuran hijau, kekacang dan kentang boleh mendapatkannya dari kedai rasmi FreshTap “freshtap.my”.

Dihantar dan dipek segar dari Sekinchan dan Kuala Selangor, pengguna akan dapat menikmat makanan segar dalam masa yang singkat.

Kadar penghantaran ialah kadar rata sebanyak RM12 di kedai ini.

Pengguna yang membeli dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar dalam masa 1 hingga 3 hari.

Untuk memulakan pelancaran tawaran baharu ini di Shopee, para
pembeli bakal menikmati tawaran menarik: item seperti salmon, ikan dory, udang, ayam, daging lembu, kerang dan sardin akan dijual pada diskaun 50% semasa Jualan Kilat Shocking Sale pada 3 dan 4 Mac 2020.

Kunjungi Fish Club di https://shopee.com.my/fishclubmy dan FreshTap di
https://shopee.com.my/freshtap.my untuk menikmati kemudahan membeli hasil segar secara atas talian.

Lebih banyak pedagang dan penjual hasil segar juga dijangka akan menyertai usaha ini pada bulan depan.

Ho menambah,”Kami ingin meningkatkan penyertaan nelayan dan petani di platform kami untuk membolehkan mereka menjual terus kepada pengguna.

“Memandangkan hasilnya akan datang terus dari sumber, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih kepelbagaian, serta kesegaran dan harga yang lebih baik untuk barangan tersebut.”

Show More

Related Articles

Back to top button