NasionalPendidikan

Tiga pensyarah KUIPs raih “Gold Medal” UAICE 2024

TIGA pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) muncul sebagai pemenang “Gold Medal” pada Ulul Albab Innovation Competition and Exhibition (UAICE) 2024 anjuran Pusat Ulul Albab, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Pensyarah berkenaan Siti Fadhilah Ghazali, Naimah Abu Kasim dan Suharne Ismail memperoleh pingat berkenaan menerusi pertandingan inovasi kategori C (ahli akademik/penyelidik).

Ketua penyelidik Siti Fadhilah berkata, tajuk inovasi yang diketengahkan ialah “Zakat on Inheritance: A Proposed of Implementation Zakat Guidelines Standard”.

Muhamad Rozaimi bertemu dengan Siti Fadhilah Ghazali, Naimah Abu Kasim dan Suharne Ismail yang berkongsi kejayaan mereka memperoleh “Gold Medal” pada UAICE) 2024 lalu. – Gambar Ihsan KUIPs

“Pemilihan tajuk ini adalah bagi memberi kesedaran dan membantu semua pihak termasuk Institusi Zakat Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, institusi pentadbiran harta pusaka, pengamal undang-undang dan semua orang awam yang beragama Islam berkenaan kewajipan terhadap ahli waris bagi menunaikan zakat yang diperoleh dari harta pusaka,” katanya ketika ditemui selepas berkongsi kejayaan mereka dengan Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Fadhilah berkata, institusi zakat memang berada di barisan hadapan bagi memainkan peranan mereka namun kesedaran dalam kalangan masyarakat dan beberapa institusi lain perlu digerakkan agar wang zakat yang terkumpul itu kelak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Muhamad Rozaimi berbangga dengan pencapaian pensyarah berkenaan.

“Pastinya kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga KUIPs malah yang penting dapat membantu Institusi Zakat Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, institusi pentadbiran harta pusaka, pengamal undang-undang dan juga menyedarkan masyarakat islam mengenai zakat,” ujar beliau ketika ditemui.

“Semoga inovasi yang diketengahkan ini dapat membantu masyarakat dalam mengharungi kehidupan mereka termasuk membantu pelajar-pelajar dalam pengajian mereka juga,” katanya.

Penyertaan dalam UAICE 2024 kali ini adalah kesinambungan daripada penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi di peringkat KUIPs iaitu Innovation, Invention & Design (KIID 2023) pada 15 November tahun lalu.

Hasil daripada penyertaan tersebut, mereka telah membuat penambahbaikan dalam beberapa aspek bagi memastikan penyelidikan ini memberi impak yang lebih signifikan kepada institusi yang terlibat.

Sementara itu pertandingan UAICE 2024 kali ini disertai ini melibatkan 30 kumpulan terdiri daripada ahli akademik/penyelidik, guru-guru sekolah, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta para pelajar sekolah.

Antara institusi yang mengambil bahagian ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Ungku Omar, institusi-institusi di bawah MARA dan sekolah-sekolah di peringkat menengah dan rendah.

Majlis perasmian penutup UAICE 2024 telah dilakukan oleh Pengasas Konsep Ulul Albab, Tan Sri Idris Jusoh.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI, Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli serta Dr Sakinah Salleh, Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI dan wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). – SM

BACA Pelaksanaan Governan Baharu perkasa semula penstrukturan KUIPs

BACA KUIPs bakal terima 250 pelajar baharu 13 Februari depan

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button