Nasionalpilihan

Nak kena tangkap pun masih buat provokasi, polis sahkan lelaki ditahan

SEORANG lelaki ditahan kerana membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan terhadap polis.

Lelaki berusia 29 tahun di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada malam sama dia mengeluarkan kenyataan tersebut.

 

[sociallocker]

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu sebelum itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana suspek tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di kawasan Sri Damansara.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari semalam dan lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis terhadap kompaun yang dikenakan terhadapnya.

“Suspek kemudian telah melakukan provokasi dengan mempertikaikan tugas pihak lain dan membuat video secara langsung segala tindakan polis ketika itu.

“Setelah selesai dikompaun, suspek masih meneruskan video secara langsung dengan mengeluarkan kata-kata kesan yang berbaur penghinaan terhadap polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, kira-kira pukul 10 malam hari sama, pihaknya telah menahan suspek di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara.

Jelasnya, semasa proses tangkapan hendak dibuat, suspek sekali lagi membuat rakaman video dan memuat naik di laman sosial media yang sama.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 188, 504, 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama penuh kepada pegawai polis yang menjalankan tugas di lapangan dan harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Tambahnya, orang ramai diingarkan agar tidak membuat spekulasi berhubung dengan video tular tersebut kerana ianya boleh mengundang pelbagai isu yang tidak sihat. -SM

[/sociallocker]

 

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button