Politik

Sokongan DAP, Amanah kepada Tun M lawak jenaka, hipokrasi atau desperado

SOKONGAN yang dizahirkan pemimpin DAP dan Amanah terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menimbulkan persoalan.

Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff  berdasarkan pemerhatian dan laporan, yang paling kuat mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pemimpin dari kedua-dua parti tersebut.

“Khususnya di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu, adalah pemimpin-pemimpin AMANAH dan DAP.

“Alih-alih bila Dr. Mahathir sudah meletakkan jawatan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula menonjolkan AMANAH dan DAP sebagai yang paling kuat menunjukkan sokongan supaya Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri,” kata Kamarul Zaman.

Dalam kenyataan media segera Mohamad Sabu, beliau menyebut “Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam kenyataan media segera Lim Guan Eng pula, beliau menyebut “DAP berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia”.

“Tertanya-tanya pula saya di dalam kategori manakah kenyataan-kenyataan ini boleh dimasukkan, satu lawak jenaka,  satu perlakuan hipokrasi atau satu tindakan desperado?” kata Kamarul Zaman.

Dr. Mahathir hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.-SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button