fbpx
Politik

Rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Slim, menang majoriti 10,945

BARISAN Nasional secara rasmi memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Slim selepas calonnya Mohd Zaidi Aziz menang besar dengan memperoleh majoriti 10,945 undi.

Pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini Mohd Zaidi yang memperoleh 13,060 undi mengalahkan calon Pejuang Amir Kusyairi Mohd Tanusi yang memperoleh 2115 undi dan calon bebas S. Santharasekaran yang mendapat 276 undi.

PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mohd Khusairi memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon PKR Mohd. Amran Ibrahim (6,144) dan calon Pas Zulfadzli Zainal (4,103).

PRK DUN Slim ialah PRK ke-2 yang diadakan selepas Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara, selepas PRK DUN Chini bulan lalu.-SM


(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button