Nasional

Mulut jangan lancang sangat bro Asri

KELMARIN diangkat kononnya menjadi hero kerana mendedahkan sikap tidak telus pihak berkuasa dalam mengambil tindakan undang-undang.

Lepas popular, terus mendabik dada. Berkata itu dan ini di atas tiket pendedahan hingga menyentuh soal sensitif berkenaan agama.

Sebagai anak kepada seorang anggota polis, sememangnya saya sentap dengan ayat yang dikeluarkan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut.

Berikut antara petikan kata-kata yang dikeluarkan Asri dalam satu temubual yang tular di laman sosial.

“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya.”

Persoalan Asri itu memang pedih seolah-olah bukan sahaja polis, tetapi keluarga polis juga mendapat tuduhan.

BACA> Isu tokey burger dan MBSA, peniaga kecil mengeluh hilang pendapatan

Saya membesar di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dilahirkan dan hampir setiap tahun, pasti ada program keagaamaan serta kerohanian yang diisi melibatkan anggota bersma ahli keluarga polis.

Malah, saya bersekolah rendah agama pun di dalam kuarters. Ketika itu kemampuan kuarters hanya boleh menyediakan pendidikan agama hingga ke darjah tiga sahaja.

Darjah empat hingga enam akan dihantar ke sekolah agama di luar menggunakan trak polis atau lebih dikenali sebagai Black Maria. Pegi dihantar balik berambil.

Alhamdulillah, kini kuarters itu sudah mampu menyediakan pendidikan agama hingga ke peringkat darjah enam.

Malah, kini semua kanak-kanak yang belajar agama pada waktu sesi petang wajib solat secara berjemaah di masjid yang juga di bawah pentadbiran PDRM.

BACA> Terima rasuah premis perniagaan, tiga pegawai MBSA ditahan

Rasanya hampir semua anak-anak polis ini khatam Al-Quran di kuarters tersebut. Setiap tahun akan diadakan majlis khatam Al-Quran.

Itu belum lagi sesi qiamulail yang diadakan melibatkan anak-anak polis dengan kelolaan anggota dan pegawai polis di kuarters berkenaan.

Masjid juga diimamkan dan dibilalkan oleh anggota dan pegawai polis.

Jadi janganlah kerana kita ada sedikit pendidikan yang lebih dalam sesuatu hal, kita tuduh pula orang lain tidak arif dalam bidang tersebut.

Apa yang Asri lakukan itu sudah cukup. Dedahlah sebanyak mana pun aktiviti berkaitan jenayah. Itu perkara yang bagus.

BACA> Berhentilah kecam polis – Pengasas Hot Burger

Cuma janganlah manganggap diri kita ini terlalu hero sehingga semua benda kita nak tibai. Hal yang kita tidak tahu pun nak dihentam.

Pagi tadi, Asri sudah meminta maaf diatas ketelanjurannya dalam berkata-kata. Baguslah. Jika ada bukti, kita boleh dedahkan.

Jika tiada bukti, itu namanya membuat fitnah yang dosanya besar di sisi agama. -SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button