Nasionalpilihan

Muhyiddin Yassin dan isteri terima suntikan dos penggalak

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 pagi tadi.

Pasangan tersebut hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena kira-kira pukul 9.35 pagi tadi sebelum menerima suntikan kira-kira setengah jam selepas itu.

Menurut Muhyiddin, dia menerima vaksin tersebut seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, kesemua proses pemberian suntikan berjalan lancar dan setakat ini saya tidak mengalami sebarang kesan akibat dos penggalak.

“Saya juga berharap mereka yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti dari segi umur melebihi 60 tahun dan komorbiditi untuk mengambil suntikan dos penggalak bagi meningkatkan imuniti badan melawan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberitahu yang kebanyakan negeri sudah beralih ke Fasa 4 PPN dan perkara itu dalah petanda positif bagi negara.

“Sebagai Pengerusi MPN, saya merasakan perkara ini perlu dilakukan segera supaya ekonomi kita jadi lebih rencak, pembukaan sektor sosial, sukan akan kembali seperti sedia kala.

“Walaupun begitu, kita perlu kekal patuhi SOP seperti diingatkan memandangkan perkembangan semasa di luar negara yang perlu dijadikan iktibar,” katanya. -SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button