Nasional

Abu mayat ketua pengganas komunis Chin Peng telah ditabur di Malaysia

KUALA LUMPUR – Abu mayat ketua pengganas Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan telah dibawa ke Malaysia pada Hari Malaysia, 16 September lepas.

Memetik laporan Malaysiakini, abu bekas Setiausaha Agung PKM itu dibawa pulang oleh kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dari Thailan dan telah ditabur ke laut dan gunung.

Nama sebenar pengganas paling ditakuti di Malaysia suatu ketika dahulu itu adalah Ong Boon Hua dan lahir di Sitiawan, Perak pada 1924.

Chin Peng telah tinggal di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani pada 1989. Sejak itu sehinggalah kematiannya enam tahun lalu, Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Chan Kan Fook, 81 tahun yang merupakan penyelaras kumpulan berkenaan, berkata, selepas abu mayat Chin Peng tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama.

Menurut Kan Fook, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat.

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button